TARIKH : 12 MAC 2013
TEMPAT : Sekolah Kebangsaan Long Tengoa, Lawas
PESERTA :
Guru-guru Bahasa Malaysia Zon A
SK
Siang-siang
-
Madam Jane Dennis
-
En Jamadil Kasim
-
Siti Junaidah Binti Saudi
-
En Sabtuaming Bin Sule
SK
Trusan
-
En Moktar Jaman
SK
Long Tukon
-
En. Sudirman Bin Yappa
-
En Zulkibri Bin Ahmad
SK
Puru Sia
-
En Harsanny Bin Ahmad Zainudin
SK
Tang Lapadan
-
Puan Bulan Dawat
-
Puan Nordiana Binti Mazlan
AJK PROGRAM :
Pengerusi : Encik
Limpeng Ak Gajah (PK 1)
Timbalan Pengerusi : Pn Martina Muga (PK HEM)
Setiausaha : Encik Mohd
Khairulrizal Bin Mohd Razi
Juruacara : Cik Hanizah Mungod
Jamuan : 1. En. Mohd Rafiee Bin Matusin
2. Pn Norhaizad Binti Nordin
3. Cik Hazizah Binti Mataha
4. Pn Dygku Norazura Bt. Awgku Hali
6. Pn Muriner @ Muring Ngilo
7. Pn Ginom @ Mada Tibur
Kelengkapan : En Sawali Bin Sabli
Buku Program : En. Mohd Khairulrizal Bin Mohd Razi
Siaraya : En. Azman Bin Mamat
Backdrop : En Matdali Bin Hj Masri
Jurugambar : En. Mohd Fareez Bin Abu Hassan
Cenderahati : 1. Cik Arlena Binti Musa
2. Cik Hanizah Mungod
3. Pn Farah Hana Binti Zamri
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Berkongsi
amalan dan juga teknik pengajaran Bahasa Malaysia disekolah guru-guru yang
terlibat.
2. Berkongsi
dan berbincang tentang masalah yang dihadapi dalam mengajar matapelajaran Bahasa
Malaysia dan cara mengatasinya.
3. Memberi
pendedahan kepada guru-guru yang baharu mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia
Tahap 2 di sekolah.
TENTATIF PROGRAM :
8.30 pagi— Ketibaan guru-guru Bahasa Malaysia Tahap 2
Zon A / pendaftaran
8.40 pagi— Ucapan aluan Wakil Guru Besar(PEngerusi
Program) SK Long Tengoa
8.50 pagi— Tayangan Profil SK Long Tengoa
oleh PK 1 SK Long Tengoa En
Limpeng Ak Gajah
9.00 pagi— Ceramah Kecemerlangan Bahasa Malaysia SK Long
Tengoa
oleh Pn. Munga Kading
10.00 pagi—Rehat
10.30 pagi—sambungan ceramah oleh Pn Munga Kading
11.00 pagi—Perkongsian oleh Guru-guru Bahasa
Malaysia
Zon A
SK
Siang-siang
SK
Trusan
SK
Long Tukon
SK
Puru Sia
SK
Tang Lapadan
12.00 tgh— Makan Tengahari
12.30 tgh—Bersurai
LAPORAN :
Secara keseluruhannya, objektif program ini berjaya
dicapai. Selain itu, pengetahuan dan motivasi untuk terus menimba ilmu dicanai
dan diterap dalam diri setiap guru yang menghadiri program Perkongsian Amalan
Terbaik 2013 ini.
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran
guru-guru tahap 2 dari sekolah-sekolah Zon A. Seterusnya, Program ini
diteruskan dengan ucapan aluan dari Pengerusi Program merangkap wakil sekolah
SK Long Tengoa dan secara tidak langsung memperkenalkan penceramah bagi Program
ini.
Program Perkongsian
Amalan Terbaik ini dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi pertama adalah
teknik menjawab soalan UPSR kertas 1 dan juga kertas 2. Sesi kedua pula adalah
berkenaan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahap 2.
Manakala sesi yang terakhir adalah sesi perkongsian amalan dan juga tip serta
teknik-teknik yang digunakan oleh guru-guru terutama guru-guru yang cemerlang
didalam pencapaian UPSR terdahulu.
Program ini secara
tidak langsung memberikan idea serta sudut yang berbeza dalam amalan serta
pengamalan teknik dalam pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia Tahap 2
terutama bagi guru-guru yang baharu mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia Tahap
2 ini.
Amalan perkongsian
sebegini dicadangkan untuk dilangsungkan lagi pada tahun-tahun mendatang kerana
memberikan pengalaman serta ilmu yang berguna untuk dibawa serta diamalkan oleh
guru-guru yang hadir untuk Program Perkongsian Amalan Terbaik matapelajaran
Bahasa Malaysia 2013 bagi Zon A.
No comments:
Post a Comment